DEWAN I-DESA merupakan satu usaha menokok tambah kisah, Program dan aktiviti dalam pelbagai bidang dan aspek, yang dipaparkan didalam laman web sebelum ini yang berkaitan dengan kawasan desa di Negeri Sembilan Darul Khusus.
Gerbangweb ini akan dikandungkan bahan-bahan yang memaparkan dan menggambarkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dan pihak-pihak yang prihatin, kearah membawa kawasan-kawasan desa kepada satu tahap dan kedudukan yang menghasilkan kesejahteraan dan kecemerlangan masyarakatnya.
DEWAN I-DESA berhasrat membawa para pengunjungnya meninjau pelbagai aspek kawasan Desa Daearah Jelebu khasnya, yang termasuk ehwal daerahnya, masyarakatnya, kemajuan dan pembangunan sosio ekonominya, sejarah dan senibudayanya,aspirasi dan hasrat rakyatnya, wawasannya serta masa depannya.
Gerbangweb ini dibentuk secara interaktif. Ia diharap dapat dijadikan sebagai satu saluran dua hala yang membolehkan masyarakat berinteraksi antara satu sama lain demi faedah dan maanfaat bersama.
Gerbangweb ini juga akan memperkenalkan program program dan aktiviti yang dirancang untuk program pembangunan ICT dalam Daerah Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus, iaitu selain dari menerangkan peranan ICT dalam usaha menjamin kecemerlang dan kesejahteraan kehidupan masyarakat desa, ia juga adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai ICT yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dalam menghadapi cabaran-cabaran hidup dizaman teknologi dan maklumat hari ini dan pada masa yang akan datang. Ia juga akan memperkenalkan program ICT yang digunakan dalam mewujudkan satu masyarakat dan bangsa yang progresif, inovatif, berdaya saing, berinisiatif dan berilmu. |